Sunday, August 30, 2009
Secebis kenangan; Antara realiti dan fantasi...

Assalamulaikumm w.b.t;

dear dairi

today is my day, wish me Happy Birthday

OOO... guess what?? i'm 32 today...

getting older huh

Secebis kenangan :

32 years ago... huhuhu.. aku dilahirkan di sebuah perkampungan kecil, namanya Tenghilan taw.. terletak di daerah Tamparuli, Sabah. Aku anak kedua daripada 11 orang adik beradik. and guess what.. my family hanya ada 2 orang adik beradik perempuan saja.. menurut cerita my father, bilangan adik yang ramai adalah disebabkan oleh keinginan my mom ngan father nakkan anak perempuan. Namun apakan daya, kita merancang, Tuhan yang menentukannya, sehingga ke hari ini, aku mempunyai 9 orang adik lelaki. Waa.. hebat kannn....

Pada hari ini, aku sememangnya teramat gembira dan bahagia sekali dengan kehidupan ku. Walaupun sesekali onak duri terbentang dihadapanku, aku cuba untuk mengharunginya dengan penuh sabar. Alhamdullilah setakat hari ini, beberapa impian ku,, chewahh.. kekadang ada juga impian ala2 mat jenin laaa.... ada beberapa yang sudah terlaksana. Antaranya:

1. Aku telah mempunyai kehidupan serba indah bersama dengan keluarga kecil ku. Yang mana bie dan anak comel ku, Noor Iftikhar Irfan merupakan buah hati pengarang jantung ku. Mereka lah tempat ku mencurahkan kasih dan sayang. Di samping itu, aku juga mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan aku sokongan atas apa juga yang aku lakukan.. Then ada pula my mama yang sentiasa mengambil berat tentang diri ku. Aku mohon agar kehidupan bahagia ini akan sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat ku. AMIN

2. Aku mempunyai kerjaya yang amat sayangi. Mereka kata kerjaya ini amat murni kerana sanggup mengorbankan diri, dibakar lilin demi untuk memberi didikan dan ilmu kepada anak bangsa, bakal pemimpin masa hadapan. Iya... walaupun aku ingat lagi.. ketika aku ditawarkan dengan pekerjaan ini, aku memang tak minat langsung. Tetapi bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sekarang ni, inilah kerjaya yang amat aku sayangi. Buat anak2 didikku, aku mohon agar segala tunjuk ajar yang aku berikan ini memberikan semangat dan pendorong kepada kalian untuk menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. AMIN.

3. Berbekalkan hobii ku~~ sew addict... aku berjaya menubuhkan sebuah syarikat.. NIAGANET RESOURCES. Walaupun masih baru, tapi aku harap agar syarikat ini akan bertahan sehingga ke akhir hayat ku juga. Tidak lupa sejuta terima kasih kepada hubbyku kerana membantu aku dalam segala hal berkaitan dengan urusan ini. Dengan bantuan hubbyku juga aku telah membuka akaun semasa atas nama syarikat dan juga telah berjaya mendaftar dengan kementerian kewangan atas beberapa sub syarikat.

4. Pada masa ini juga aku tengah berusaha untuk menambah ilmu dalam bidang jahitan. Alhamdullilah, pengajian ku di koleksi Ain Kasih sudah memasuki tahap 2. Wow.. tak sangka kann... dan Insya Allah, aku akan menyambung kepada kelas langsir pula. Walaupun aku sibuk dengan kerja2 sekolah dan juga rumahtanggaku, aku akan teruskan juga pengajian ku ini.. cehwahh.. cam sambung study pulak yoo.. Harap2 aku akan dapat tingkatkan ilmu menjahit ku ini. Alhamdullilah dengan hobi ini lah aku mula menjana side income. ermmm..

memacam laa juga yang aku dah capai.. biarlah rahsia... Thanks my dear husband kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada ku.

OOOyaa.. fantiasi ku pula..

1 tengah aim mesin MC300, way to go.. Insya Allah. tak lama lagi.. akan lahir satu lagi mesin kat umah (mementang umah baru erk)..

2. Tengah berangan untuk sambung study... ermmm.. kalau tak bleh sambung master dalam bidang ikthisas ku.. aku teringin nak p belajaq di Quilt Gallery di Bangsar tu.. ermmm... takkkk sabarnyaaaa...

3. eeee.. skema pula ayat2 cintaku ni kann... hehehe. tah laa.. sbb baru discuss 1 benda important ngan bie.. huhuhu.. apa lagi.. aku sekarang ni tengah berangan untuk meluaskan perniagaan dalam 1 bidang.. apa tu?? nanti laaa.. kasi seprise dulu erkk.

Ok laa.. nak permisi dulu nih...nak jahit baju yg belum berjahit tu.. so till then

Ini lah luahan rasa, secebis kenangan; antara realiti dan fantasi.. sempena Hari Lahir ku yang ke-32 tahun. wassalam

Posted at 01:30 pm by Dafeni
Make a comment  




Thursday, August 27, 2009
ALHAMDULLILAH... DAPAT KUNCI UMAH

Salam semua..

hari ini adalah hari ke-6 kita berpuasa.

alhamdullilah.. setakat hari ini aku masih kuat menempuh segala dugaan berpuasa, cuma kadang kali terbabas juga ... why?? kerana melayan karenah c irfan yg kadang2 memang suka minta manja2..

petang rabu tu lawyer call.. dia kata kunci umah sudah ready...

yeahh.. at last.. punya lama aku ngan bie menunggu saat ini..

kami mengambil keputusan untuk pegi amik kunci pada hari ini (khamis)...

dapat kunci tu terus pegi b.in cek.. dan pegi jenguk2 umah.. ermmm.. ada beberapa tempat yg perlu di renovate.... master bedroom, siling dan nak tambah grill kat pintu depan..

bie call ler seorang tokey renovate.. petang tu juga dia datang.. terus buat kira2.. ermm. semua kos yg perlu ditanggung adalah dalam RM5k.. woww... banyak kann. tapi tak per laa... nak bagi umah cantekkkk... so esok dorang akan start wat kerja..

ermm.. dalam jangkaan kami.. perpindahan ini akan mengambil masa dekat2 raya kot..

huhu.. dalam happy2 nak pindah umah nih.. tergugat juga sebab saving kami semakin menyusut...

may be lepas nih.. perbelanjaan akan dikurangkan ke atas pembelian yang kurang penting..

aku berazam untuk menampung balik segala saving yang telah dibelanjakan ini.. Insya Allah..

ermmm.. sebab itu laa.. sekarang ni kena pulun siapkan part time..

sib baik ler aku dah lulus ptk.. tak lama lagi dapat kenaikan gaji. huhu.. next year... kena pulun study lagi untuk memperolehi result yg baik dalam ptk.. supaya dapat naik gaji lagi...

huhu.. macam mata duitan jer kann..

tapi itu laa kisahnya... harap2 dapat balik menampung saving yang dah terkoyak tu.. sbb aku plan nak save untuk pegi umrah dan haji nanti.. Insya Allah... moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga..

ok laa harap2 ramadhan kali ini memberi seribu kerberkahan buat kami sekeluarga..

AMIN

Posted at 11:19 am by Dafeni
Make a comment  




Saturday, August 22, 2009
SALAM RAMADHAN VS PINDAH

Assalamulaikum w.b.t;

pembaca sekalian...

Hari ini adalah hari pertama umat Islam berpuasa, selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua...

moga2 ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terindah dan pahala melimpah ruah kepada kita semua

semalam hari terakhir persekolahan untuk penggal ini. Hari ini telah mula cuti..

just nak cerita skit nih.. pasal perpindahan guru2 yg mengajar fm six ke blok belakang ( ntah aku dah lupa pulokkk nama blok tu).. udah ler jauh ke belakang sana.. bilik tu dulu bilik muzik.. fasilitinya pun dah ntah apa2... memula aku tanak le pindah konon.. sebabnya aku lom dapat lantikan lagi.. sama gak ngan beberapa orang teman... karang yg dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. btui ka peribahasa ni?? huhu.. sbb lama tak nengok mende allah nih daaa...

tapi bila fikir positif dan yg terutama itu adalah ARAHAN.. maka mau tak mau aku pindah juga ler.. pas tu amik kesempatan ni gunakan keringat budak2.. so aku pun pindah juga ler.. sedih laa juga meninggalkan meja ku itew.. setelah lebih kurang 4 tahun berkampung kat tempat tu... huhu.. bebudak kata.. barang cikgu yang paling banyak?? iye kee.. coz aku pun tak pegi tengok tempat tu.. hahaha. cam tanak pindah jer kannnn....

apa pun aku cuma mendoakan agar rezeki itu datang.. bak kata orang.... kita merancng Tuhan yang menentukan...

dalam masa cuti ni aku memang akan sibuk.. confirm...

yang pertama.. sbb nak siapkan tempahan baju member2...

yang kedua.. semalam aku dapat call dari lawyer.. cek umah dah sampai.. so insya Allah.. next week.. kunci umah akan dapat.. ermmmm.. apa lagi kann.. mesti laa umah baru kena bersih... pas tu set itu ini.. tuko milik letrik, air dan segala-galanya.. then nak masuk kan tepon lagi. huhu.. manyak benda ooooo..

Moga-moga segalanya berjalan lancar... AMIN....

ok laa.. nanti sambung kendian yer... byeee...

SALAM RAMADHAN SEMUA>

Posted at 10:34 am by Dafeni
Make a comment  




Monday, August 17, 2009
I'm So Sorry sayang....

Assalamulaikum w.b.t;

teratak hati ku..

baru sebentar tadi aku rasa cam bersalah sangat pada anak ku.

WHY???

sebabnya.. masa aku tengah solat asar.. irfan pun konon-konon nya turut solat bersama.. alhamdullilah.. sejak pegi tadika ni.. memang banyak berubah laa dia.. masa solat tu aku terasa nak tergelak la juga sebabnya.. udah ler dia solat niat solat subuh.. peh tu.. bacaan nya yg comel tu cam buat aku geli pulak..

yang buat aku sedih tu.. pas aku abih solat.. dia terus pandang aku dan kata.. ummi ni semayang cepat laaa..

then dia terus tutup muka dan menangis.. huhuhu.. cam sayu jer hati tengok dia cam gitu..lama juga aku pujuk dia.. then aku janji ngan dia akan solat bersama masa maghrib nanti.. Insya Allah..

So sorry yer sayang bucuk ummi nih..

oke nak ready... jap lagi ada membe nak datang anto baju.. nanti sambung erkk...

Posted at 06:44 pm by Dafeni
Make a comment  




Saturday, August 15, 2009
Haiwan Berdasarkan Hari Lahir...

salam...

today i took a quiz...

so this is the result...taraaaa...

Nur Dalila lahir pada 30 August, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Kura-kura

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

and for bie..and irfan also aaaa...

hubby lahir pada 29 November, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Kucing irfan lahir pada 22 November, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Kucing

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

oke.. that' all.. next time sambung lagi yer...

Posted at 04:40 pm by Dafeni
Make a comment  




Friday, August 14, 2009
AMAZING...

Salam...

bertemu kembali...

dikesempatan yang terlalu singkat ini...

kesibukan melanda kerana di skolah.. sibuk dengan kerja2 yang lazim.. menanda latih tubi pelajar, bersedia dengan kelas.. dan kerja perkeranian yg lain..

dan balik umah.. guess what..

sibuk melayan sayang ku yg dua orang.. pas tu ngan menjahit lagi.. uwaaa.. sempat ke aku nak siapkan semua baju orang nih??? Insya Allah...

sebenarnya dah 2 hari ni aku dok pening kepala.. manakan tidak.. di depan umah ku itu ada sekumpulan pertubuhan yang sedang mengadakan ritual tahunan mereka.. aku tak de laa nak mempertikaikan amalan mereka tu.. cuma aku pening dgn bunyi2an yg dipasang oleh mereka.. terlalu kuat.. udah le depan umah aku plak tu.. tambahan muzik2 yg membingitkan telinga.. irfan pun asyik tanya jer... napa ler bising sangat dorang tu?? huhu.. aku pun tatau cemana nak menjawab...

actually aku nak bercerita tentang kuiz yg baru ku jawab tadi...

gambaran tentang sikap ku berdasarkan tarikh lahir..

nak tahu???

haaa baca la yer..

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

amazing

sbb hampir 95% apa yg dinyatakan itu adalah betul..

aku memang berhati keras.. tetapi tidak pentingkan diri sendiri.. sebabnya.. setiap apa yg aku nak buat aku mesti fikirkan keluargaku... aku juga selalu memikirkan orang2 di sekelilingku.. dan setakat ini memang aku telah banyak bersabar.. sbb terlalu banyak ranjau yg aku harungi.. aku juga sedang berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup keluargaku.. waa...kalau nak ikutkan.. banyak ler yg boleh dibuatkan isu.. huhuhu.. mmg ler aku ni kann pandai bercakap.. hahaha..

ok.. sambung kendian laa yer... chowww

Posted at 08:53 pm by Dafeni
Make a comment  




Saturday, August 08, 2009
Musim Denggi laa pulakk

Salam semua...

bertemu kembali...

agak lama juga tak menjenguk teratak atiku ini..

bukannya apa... last 2 week... aku kena demam... memula tu demam biasa jer...tapi ari sabtu 25hb July... aku memang demam teruk sampai tak boleh bangun,.. hubby bawa p nor azian.. dapat ler ubat demam + ponstan + antibiotik + ubat tekak...

so ok laa.. balik umah pun terbaring jer... rasanya ni 2nd time aku demam sejak balik kampung ari tu.. then isnin.. badan macam tak kuat lagi so pegi lagi kat nor azian... masa tu dr tu check darah skali coz risau gak pasal influenza yg paling digeruni tu... bila check darah.. dr kata hampir2 kena denggi?? what??? tapi blom lagi nampak tandanya laa.. sbb dr kata virus tu amik masa juga utk dikesan..

so ok laa.. mc sehari.. pas tu next day walaupun tak berapa sihat.. pegi gak skul.. sbb kasian kat bebudak... 2 ari pegi skul.. ari khamis 30hb julai.. aku cam tak sihat lagi.. hubby bawa pula pegi klinik anika.. mmg ramai giler manusia kat sana.. tapi nak wat cemana... badan dah rasa cam lain macam jer... kena pula saringan demam.. ermmm.. masuk jumpa dr.. sblm jumpa dr misi sorang tu suh pegi check darah.. pegi laa pulak amik darah.. pas tu amik result.. waa cepat erk skg ni kuar result.... dpt result terus pegi jumpa dr.. masa tu ler dr kata.. napa tak datang awal2.. terus di suruhnya misi tu panggil ambulance.. aku di hantar ke HTAR ngan ambulan..

hahah.. cam lawak tapi mmg tak larat daa masa tu.. sib baik hubby ada.. kasian dia.. ikut dari belakang jer.. sampai spital sana.. tak masuk wad terus.. tapi masuk dlm satu bilik tu.. dr masukkan air.. terbaring jer laa aku kat situ.. then tak lama pas tu.. penuh ler 4 katil kat situ.. 2 lelaki 2 pompuan.... then dlm jam 12.30tghari.. dr datang check.. dia kata semua kena masuk wad.. ermm.. ikut jer laa.. aku masuk wad G3.. katil no 5.. mengerikan juga sbb wad tu bercampur dengan pesakit influenza H1N1.. menakutkan erkk..

aku dok kat wad tu 3 ari 2 malam.. sepanjang kat sana mmg aku tak mandi langsung.. udah ler tangan ni kann berhose.. sakit pulak tu.. then risau gak masuk bilik air kat spital nih.. huhuhu..

kasian kat bie.. sepanjang aku dok spital.. dia ler yg uruskan irfan.. pas tu petang datang jenguk aku kat spital.. aku masa tu udah ler tak berselera nak makan.. dr suh minum air banyak2... aku pun ikut jer laa... tapi satu problem, bila minum banyak.. buang pun banyak juga ler... yg bohsan tu.. sbb kena usung skali botol air..

alhamdullilah.. sabtu pagi botol air dah dicabut.. so senang ler skit pergerakan ku... alhamdullilah juga.. pagi tu dr kata aku dah bule kuar.. so tunggu ler bie datang tengah ari tu.. dapat ler mc sampai ahad...itu pun balik umah masih lagi pening2 ngan sakit badan.. apa pun bahagia juga balik umah...

isnin aku dah kena p skul.. suma org tegur aku dah kurus.... hahaha kembang ler juga idung ni.. tapi mmg aku pun perasan badan cam ringan skit.. haha.. mana tak kurusnya.. demam kann makan tak selera..

ok laa.. nak stop.. sbb banyak kerja yg nak disettlekannn... so till then...

Posted at 04:16 pm by Dafeni
Make a comment  




Thursday, July 23, 2009
Guess what???

salam semua..

bertemu kembali..

rasanya agak lama juga aku tak jenguk teratakhatiku ini...

dek kesibukan dengan tugasan seharian.. tambahan dalam minggu ni irfan demam lagi..

ermmm.. last month je dia tak demam.. may be balik kampung.. udaranya fresh... wlaupun tengahari buta dia dok mengejar-ngejar ayam.. tapi mmg dia tak demam... alhamdullilah.. may be jiwa raganya sesuai dok kat kampung.. iye dak??

then this saturday dia demam laa pulak..

masa tu siangnya kami balik umah mil.. dia bermain kejar ngan sepupu dia yg 2 org tu.. cuaca tak de la panas sangat.. tapi tu laa.. malam tu.. aku nengok dia cam len macam jer.. sibuk je ngajak aku balik umah.. dia kata 'nak balik umah ummi.. nak balik umah ummi".. apa lagi.. balik ler kami tiga beranak tu malam2 buta..

sepanjang malam tu aku ngan bie.. gilir2 berjaga.. tengok keadaan dia cam teruk juga laa.. mengiggil dia.. badan panas tapi rasa cam dia sejuk kot..

sepanjang malam tu kerja ku menuam badan dia jer...

then ari ahad tu.. sepanjang ari dia berbaring.. emmm.. sunyi sepi umah ni tanpa hilai tawa dia..

rasa lain pula...

petang pas maghrib.. dia cam dah bertenaga skit.. dah sihat tu mula la dia merengek nak itu laa nak ini laa.. so bie pun bawa ler p tesco.. katanya nak hiburkan ati irfan.. huhuhu... dah tengah2 nak pegi tu.. ada plak membe .. anto sms katanya nak anto tempah baju.. ermmm.. terpaksa ler cancel date tu.. sbb nya masih lagi kat tesco... tatau kul bape nak balik.. sbb nya c irfan tu kalau memilih menan.. eeee.. ngalahkan aku memilih kain... hehehe

3 ari juga oooo dia tak pegi skul.. bie pun 3 ari juga tak pegi opis.. huhuhu.. menjaga c irfan la...

dalam minggu ni...

guess what?? aku dah stop amik tempahan untuk raya nih.. tak larat karang nak perabihkan baju orang.. karang baju sendiri tak berjahit.. huhuhu.. aku juga telah menempah sepasang kain.. kain yang aku memang paling mahal aku beli untuk abad nih.. hahaha...

iye ke tu.. kain ada beberapa pasang.. dah gunting tapi lom potong.. itu ler pasal... len kali jahit baju sendiri dulu kann.. kannn..kann...

ermmm... aku skg ni tak sabar nak tunggu kunci umah...

apsal ler lambat sangat gomen ni ekk.. tapi yang rasa cam bengkek tu.. dah dapat surat... bulan ni dah start potong gaji.. huallohhhh.... masuk umah pun blom lagi.. tapi dah kena bayar utang.. cemana ni gamannn....

dalam masa tu juga.. bermacam planning dalam kepala hubbie ku ini...

Insya Allah.. harap2 semua yg dirancangkannya menjadi..

yang paling buat aku frust buat masa ni.. camera blom ok lagi.. tunggu durian runtuh.. bleh aa beli camera baru.. disebabkan itu juga laa.. stok kain baju aku pun dah lama tak berupdate.. kasihann ma customer2 ku.. hahaha.. ada juga yg menghantar mesej.. napa tadak kain baru???? aku just jawab.. tengah bizi laaa..

ia ke? betul2 bizi juga laaa.. sbb dlm masa ni sehingga akhir sesi persekolahan.. terpaksa wat preparation kat bebudak tu untuk ready for their stpm.. dorang yg nak exam.. aku plak yg gabra.. lagi ler aku cuak.. bila buat ulang kaji tu.. memasing cakap.... dah tak ingat laa.. tatau ler apa le.. memacam jawapan mereka yg membuatkan aku rasa bagi aku je wakilkan dorang untuk jawab exam.. huhu.. bleh ke gitu?? hehehe... kalau boleh... rasanya badan ku ini kena dibahagikan kepada berapa bahagian erkk??? coz semua student ku itu aku sayang.. hahah.. karang ada plak yang perasan nanti kann...

then guess what lagi??? ada kejadian besar yang berlaku kat skul.. 20hb julai tu.. huhu.. tak berani nak taip sbb menyeramkan juga laaa cerita nya.. biar ler aku ngan yg lain2 jer tau.. huhuhu..

ok dear readers... want to stop now.. coz nak sambung jahit.. guess what??? ada lebih kurang 25 elai baju yg aku kena siapkan dalam 2 bulan nih.. before aidilfitri.. huhu.. sempat ke hah??? tak sempat aku lari nyorok bawah keta.. hahaha.. karang ada ler yang nangis tak berayaq mata sbb tak de baju raya..

ok laa.. till thenn...

Posted at 10:53 pm by Dafeni
Make a comment  




Thursday, July 02, 2009
INSOMNIA ka aku?

Salam semua... bertemu kembali...

setelah agak lama juga tak berupdate teratakhati nih..

hari ni aku mengambil kesempatan untuk mencoret sesuatu...

nampak tajuk tu???

mesti ramai yg tertanya-tanya kann.. kenapa laa tetiba terdetik di minda ku yg aku mengalami masalah insomnia??

kalian tau kann apa dia insomnia.. daripada pembacaan ku, ni sedikit sebanyak info tentang insomnia..

Insomnia dapat diartikan sebagai suatu keadaan yang mana seseorang mengalami kesulitan untuk tidur atau tidak dapat tidur dengan nyenyak. Rata rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30 – 50% populasi mengalami insomnia. Insomnia dapat menyerang semua golongan usia. Meskipun demikian, angka kejadian insomnia akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering menghinggapi orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia bila dibandingkan laki laki.

ha baca tu.. isu nya sejak kebelakangan ini.. mmg aku rasa susah sangat nak tidur.. sehingga mencecah jam 5 pagi kadang2 mata ni masih lagi cerah... kadang2 sampai memaksa mata ni lelap...

mungkin disebabkan dengan kesibukan part time job ku menyebabkan aku mengalami insomnia... ini kerana balik jer dari skul.. aku akan menghabiskan masa untuk menyiapkan tempahan baju kawan2 .. so kadang2 bila dah leka menjahit tu.. mata mmg tak boleh tidur... jadinya itu yg menyebabkan aku susah nak tidur...

ni ada beberapa tips mengatasi masalah insomnia.. nanti aku akan cuba praktikkan laa yer..

thanks pren yg ku copy info ini...

Berikut beberapa tips yang bisa anda lakukan untuk mengurangi serangan insomnia. 1. Berolah raga teratur. Beberapa penelitian menyebutkan berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa menit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesehatan anda menjadi lebih optimal sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik. 2. Hindari makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak nyaman, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke belakang untuk buang air kecil. Sudah tentu kedua keadaan ini akan menganggu kenyenyakan tidur anda. 3. Tidurlah dalam lingkungan yang nyaman. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal hal yang menimbulan suara, pastikan anda nyaman dengan suhu ruangan tidur anda. Jauhkan jam meja dari pandangan anda karena benda itu dapat membuat anda cemas karena belum dapat terlelap sementara jarum jam kian larut. 4. Kurangi mengkonsumsi minuman yang bersifat stimulan atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi. alkohol dan rokok. Minuman ini akan menyebabkan anda terjaga yang tentu saja tidak anda perlukan bila anda ingin tidur. 5. Makananlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat menjelang tidur, bila tersedia, tambahkan dengan segelas susu hangat. 6. Mandilah dengan air hangat 30 menit atau sejam sebelum tidur. Mandi air hangat akan menyebabkan efek sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air hangat juga mengurangi ketengangan tubuh. 7. Hentikan menonton TV, membaca buku, setidaknya sejam sebelum tidur. 8. Gunakanlah tempat tidur anda khusus untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat anda berbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur. 9. Lakukan aktivitas relaksasi secara rutin. Mendengarkan musik, melatih pernafasan, meditasi dan lain lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur. 10. Jernihkan pikiran anda. Enyahkan segala kekhawatiran yang menghinggapi pikiran anda. Salah satu cara untuk ini adalah menuliskan semua pikiran anda lewat media blog. 11. Tidur dan bangunlah dalam periode waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang kacau akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.

Insya Allah.. minggu depan aku akan cuba atasi masalah ini.. dan insya Allah.. tidur ku akan teratur.. ok sambung kendian yeee... nak sambung wat keja .. so till thenn

Posted at 08:20 pm by Dafeni
Make a comment  




Thursday, June 11, 2009
Baru balik dari bercuti...

Salam semuanya...

bertemu kembali... actually.. saya baru balik bercuti.. balik kampung meh..

jauh bah nun di negeri bawah bayu..

memang seronok balik bah.. sbb bule jumpa mama dan bapa yang tercinta.. dan juga saudara mara yg tersangat kurindui..

tapi yang tak bestnya masa balik kampung tu.. ari ketiga aku demam.. mula-mula batuk.. pas tu demam..

tapi aku bertahan juga.. pada hari ke-empat.. aku ngan family pegi berjalan ke pitas tempat kerja adik ku yang kelima.

planning kami nak pegi ke simpang mengayau.. tapi dalam perjalanan terjadi perkara yang tidak diduga.. kereta adik ku ditimpa kemalangan kecil.. tayarnya tercabut.. waaa... terkejut kami pada ketika itu.. nak tengok gambar nye pegi ke fotopages saya ye..

tapi gambar tak upload lagi.. tak pe bagi dulu link nye yaa.

dalam fotopages tu ada gambar2 percutian kami semasa di kampung..

10hb jun.. masa untuk balik..

rasa berat hati je nak balik..

tapi apakan daya.. cuti dah nak abes... tapi kerja aku tak abes2.. huhu.. kertas peksa tak abes semak lagi... pas tu baju tempah pun blom siap semuanya...

minggu pertama bukak skul mesti aku bizi..

harap2 aku sempat menyiapkan semua kerja dalam minggu pertama nih..

oke laa..

ada kerja nak buat.. masa nak bukak blog.. banyak idea datang.. tapi masa nak menaip tu semuanya hilang...

oke.. jumpa lagii...

Posted at 04:50 pm by Dafeni
Make a comment  




Next Page


Dafeni
Female
Teratak hati... inilah tempat aku nak meluahkan perasaan.. segala catatan perjalanan hidupku.. sama yang manis ke pahit ke.. so kalau yang baik tu amik la sebagai teladan.. yang tak elok tu... buat lah sempadan.. kay
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed