Assalamulaikumm w.b.t;
dear dairi
today is my day, wish me Happy Birthday
OOO... guess what?? i'm 32 today...
getting older huh
Secebis kenangan :
32 years ago... huhuhu.. aku dilahirkan di sebuah perkampungan kecil, namanya Tenghilan taw.. terletak di daerah Tamparuli, Sabah. Aku anak kedua daripada 11 orang adik beradik. and guess what.. my family hanya ada 2 orang adik beradik perempuan saja.. menurut cerita my father, bilangan adik yang ramai adalah disebabkan oleh keinginan my mom ngan father nakkan anak perempuan. Namun apakan daya, kita merancang, Tuhan yang menentukannya, sehingga ke hari ini, aku mempunyai 9 orang adik lelaki. Waa.. hebat kannn....
Pada hari ini, aku sememangnya teramat gembira dan bahagia sekali dengan kehidupan ku. Walaupun sesekali onak duri terbentang dihadapanku, aku cuba untuk mengharunginya dengan penuh sabar. Alhamdullilah setakat hari ini, beberapa impian ku,, chewahh.. kekadang ada juga impian ala2 mat jenin laaa.... ada beberapa yang sudah terlaksana. Antaranya:
1. Aku telah mempunyai kehidupan serba indah bersama dengan keluarga kecil ku. Yang mana bie dan anak comel ku, Noor Iftikhar Irfan merupakan buah hati pengarang jantung ku. Mereka lah tempat ku mencurahkan kasih dan sayang. Di samping itu, aku juga mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan aku sokongan atas apa juga yang aku lakukan.. Then ada pula my mama yang sentiasa mengambil berat tentang diri ku. Aku mohon agar kehidupan bahagia ini akan sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat ku. AMIN
2. Aku mempunyai kerjaya yang amat sayangi. Mereka kata kerjaya ini amat murni kerana sanggup mengorbankan diri, dibakar lilin demi untuk memberi didikan dan ilmu kepada anak bangsa, bakal pemimpin masa hadapan. Iya... walaupun aku ingat lagi.. ketika aku ditawarkan dengan pekerjaan ini, aku memang tak minat langsung. Tetapi bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sekarang ni, inilah kerjaya yang amat aku sayangi. Buat anak2 didikku, aku mohon agar segala tunjuk ajar yang aku berikan ini memberikan semangat dan pendorong kepada kalian untuk menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. AMIN.
3. Berbekalkan hobii ku~~ sew addict... aku berjaya menubuhkan sebuah syarikat.. NIAGANET RESOURCES. Walaupun masih baru, tapi aku harap agar syarikat ini akan bertahan sehingga ke akhir hayat ku juga. Tidak lupa sejuta terima kasih kepada hubbyku kerana membantu aku dalam segala hal berkaitan dengan urusan ini. Dengan bantuan hubbyku juga aku telah membuka akaun semasa atas nama syarikat dan juga telah berjaya mendaftar dengan kementerian kewangan atas beberapa sub syarikat.
4. Pada masa ini juga aku tengah berusaha untuk menambah ilmu dalam bidang jahitan. Alhamdullilah, pengajian ku di koleksi Ain Kasih sudah memasuki tahap 2. Wow.. tak sangka kann... dan Insya Allah, aku akan menyambung kepada kelas langsir pula. Walaupun aku sibuk dengan kerja2 sekolah dan juga rumahtanggaku, aku akan teruskan juga pengajian ku ini.. cehwahh.. cam sambung study pulak yoo.. Harap2 aku akan dapat tingkatkan ilmu menjahit ku ini. Alhamdullilah dengan hobi ini lah aku mula menjana side income. ermmm..
memacam laa juga yang aku dah capai.. biarlah rahsia...
Thanks my dear husband kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada ku.
OOOyaa.. fantiasi ku pula..
1 tengah aim mesin MC300, way to go.. Insya Allah. tak lama lagi.. akan lahir satu lagi mesin kat umah (mementang umah baru erk)..
2. Tengah berangan untuk sambung study... ermmm.. kalau tak bleh sambung master dalam bidang ikthisas ku.. aku teringin nak p belajaq di Quilt Gallery di Bangsar tu.. ermmm... takkkk sabarnyaaaa...
3. eeee.. skema pula ayat2 cintaku ni kann... hehehe. tah laa.. sbb baru discuss 1 benda important ngan bie.. huhuhu.. apa lagi.. aku sekarang ni tengah berangan untuk meluaskan perniagaan dalam 1 bidang.. apa tu?? nanti laaa.. kasi seprise dulu erkk.
Ok laa.. nak permisi dulu nih...nak jahit baju yg belum berjahit tu..
so till then
Ini lah luahan rasa, secebis kenangan; antara realiti dan fantasi.. sempena Hari Lahir ku yang ke-32 tahun.
wassalam